Rabu, September 17, 2008

Pengelasan dan Mekanisma Sesar

Pengenalan

  • Sesar merupakan retakan yang mempunyai pergerakan ketara selari dengan satah retakan. Saiz pergerakan ini adalah relatif, dan kepentingannya juga relatif.
  • Sesar mempunyai bentuk dan dimensi yang berbagai. Ia mungkin beratus kilometer panjang atau beberapa sentimeter sahaja. Sirihan singkapan mungkin lurus atau berliku-liku.
  • Sesar boleh hadir sebagai sempadan yang tajam, atau sebagi zon ricih, berketebalan beberapa milimeter hingga beberapa kilometer. Ia mungkin bersifat rapuh atau mulur.
Anatomi Sesar
  • Pergerakan berlaku sepanjang permukaan bergerak dikenali sebagai satah sesar. Sekiranya satah sesar tidak tegak, batuan yang berehat di atasnya dikenali sebagai dinding gantung, sementara yang di bawahnya adalah dinding kaki (Rajah).
  • Ada dua jenis gelinciran sesar, satu komponen tegak (dip-slip) dan satu komponen mendatar (strike-slip). Kombinasi kedua-dua gelinciran dikenali sebagai gelinciran oblik (oblique slip).
  • Pada permukaan satah sesar terdapat gores-garis sesar yang dicirikan oleh permukaan yang licin, pertumbahan mineral dan tangga-tangga kecil. Arah pergerakan sesar boleh ditentukan daripadanya.
Pengelasan
  • Ada tiga kategori utama sesar mengikut Anderson (1942), iaitu sesar normal atau sesar turun (normal fault), sesar sungkup (thrust fault) dan sesar mendatar (wrench fault atau strike-slip fault).
  • Sesar normal�ada graben dan horst, ada juga berbentuk listrik (Rajah).
  • Sesar sungkup�juga dirujuk sebagai sesar naik (Rajah).
  • Sesar mendatar�pergerakan dekstral atau sinistral. Dikenali juga sebagai sesar transform sekiranya berlaku bila dua keping benua berinteraksi (Rajah).
  • Terdapat juga sesar jenis en echelon, sesar radial, sesar membulat dan sesar sepanjang perlapisan (Rajah).
Kriteria Penyesaran
  • Sesar yang aktif ditunjukkan oleh rayapan akibat gempa bumi dan pecahan dalam tanah.
  • Yang tidak aktif boleh dilihat daripada peralihan pada kedudukan lapisan, perulangan lapisan, perubahan secara tiba-tiba sesuatu jenis batuan, kehadiran milonit atau kataklas, kehadiran struktur seretan, dinding sesar (Rajah-rajah).

Tidak ada komentar: